Friday, December 2, 2011

Menguap, trivia dan mengatasi...



Hari ni cuaca agak mendung jadi keadaan dalam pejabat pun agak sejuk. Kerja sebagai programmer ni kadang-kadang seronok, tapi banyak kadangnya agak mengantuk. Jari terlalu banyak bergerak, banyak berfikir, tapi badan tak bergerak.

Cuaca sejuk, otak banyak berfikir, badan tak bergerak, baru lepas sarapan akan membawa kepada satu keadaan: banyak menguap. Susah betul mencari jawapan macam mana nak hentikan menguap.

Sebelum aku kongsikan beberapa cara mengatasi, mehh kita baca dulu beberapa trivia tentang menguap.

1) Orang buta akan menguap apabila mereka mendengar orang lain menguap. Lain kata kalau diaorg kesan ada orang mnguap, diaorang pun akan ikut menguap..

Komen aku: Menguap ni berjangkit (yes betul sebab kalau orang sebelah menguap, aku akan ikut menguap sekali).

2) Bila seseorang membaca tentang menguap, orang itu akan terasa nak menguap sekali.. Hehe mesti masa korang baca ni, korang akan rasa nak menguap kan....

Komen aku: Mungkin tak pada semua org, tp majoriti akan terjadi.. Hehe masalah menguap aku berhenti masa aku menulis tentang menguap ni... (pulakkk)...

3) Lebih daripada separuh populasi manusia akan menguap dalam masa 5 minit selepas melihat orang lain menguap..

Komen aku: Aku akan menguap bila orang sebelah menguap, tapi kenapa orang sebelah aku tak ikut menguap balik..

4) Purata seorang menguap adalah 6 saat.

No komen

5) Masa awal seseorang mula menguap adalah bermula selepas 11 minggu embrio terbentuk.. ermm iaitu sebelum bayi lahir lagi..

Komen aku: Aku tak tahu mcm mana diaorg tahu..

Cara mengatasi menguap..

Serius aku cakap, ada masa mmg kita kena berhenti menguap sebab ada masa memang tak sesuai pun kita menguap.. Contoh time meeting.. Aku jumpa sedikit tips untuk ini, tapi terpulanglah kepada korang sama ada berjaya atau tidak.. Kena cuba dulu

1) Membasahkan bibir dengan lidah setiap kali rasa nak menguap.. ermm sebenarnya agak susah.. Sebab bila kita menguap, tahu2 tangan dah ke mulut sebab nak tutup mulut masa menguap.. ermm

2) Minum segelas air masak. (air masak yer, bukan air manis).. Tapi aku tahu sangat, ramai orang tak suka minum air masak, kecuali bila dahaga sangat-sangat.

3) Buat sesuatu yang seronok.. Kalau seronok mmg tak menguap punya la..

4) Tarik nafas panjang-panjang.. Kan ada teori mengatakan kita menguap kerana otak tidak memperoleh cukup oksigen, sebab tu kita menguap.. Jadi sediakan oksigen banyak-banyak kat otak yer..

5) Bersenam.. Move your body a bit.. sebab tu orang yang menguap ni biasanya tengah tak buat apa2 pun..

6) Jangan makan banyak sangat masa tengah hari sebab badan nak proses makanan, jadi oksigen pun banyak nak guna, perut penuh mata pun berat.

7) Makan lebih banyak makan seimbang dan buah-buahan.. Kalau makan banyak benda mengarut ni buat badan cepat penat. So menguap jer la kerjanya.

8) Last sekali.. Gi la tido.. dah ngantuk memang la menguap..

Sekian..

1 comment:

  1. kerja banyak tak ngantuk.. kalau tak dek kerja mmg ngantuk.. huahhhhhhh

    ReplyDelete