Tuesday, August 16, 2011

Dilema saiz badan..

Aku tulis ni sebenarnya untuk menjawab / komen seorang blogger yang mempunyai masalah berkaitan berat badannya.. Aku tak rasa apa dia rasa, tapi apa aku rasa aku rasa sama, cuma situasi berbeza..

Hai.. semua orang ada dilema yer.. Dilema awak adalah kegemukkan. Dilema saya adalah kekurusan.. Rasa susah awak, dengan rasa susah saya mmg bertentangan gila, tapi isunya sama, saiz badan.

Tapi jangan kata yang kurus ni pun tak kene kutuk. Selalu jer kena kutuk, tiang la, pokok la, tulang berjalan la.. Kadang tu ada siap kata, kalau ko duduk sebelah tiang tu, aku tak cam mana satu tiang, mana satu kau, sama jer.. Nasib baik la aku ni jenis meluahkan..Diaorg kata, aku marah balik la... Lepas aku marah diaorg (cara gurau, sbb taknak hilang kawan) lepas tu, fikir positive sikit, niat diaoarang hanya untuk bergurau, jadi sakit dihati tak la terasa sangat. Paling tak tahan, ada kawan aku samakan aku dengan basikal. Ader ker patut.. Kadang tu ada jer yg panggil aku, Si Keding..

Siapa kata aku taknak gemuk.. Aku makan banyak tau. Kadang lg banyak dari kawan2 aku, tapi takder la berpinggan-pinggan.. cuma dah genetik tu kecik, kecik la juga.. Aku ni datang, pergi kerja naik motor. Diaorg slalu kata, wei, bawa moto jangan laju-laju, kau tu kurus, nanti diterbang dek angin.. Hampes gas betul la korang ni.. Dalam setiap yang aku buat, ada jer cara diaorang nak kutuk.. Macam dah jadi makanan ruji. Sehari tak mengutuk, tak senang duduk.

Tapi nak kata aku hilang keyakinan diri sebab kadar kekurusan aku yang nampak tulang ni, idak ler.. Aku minum susu, aku amik vitamin, aku makan pisang, tiap-tiap tahun buat azam nak gemuk (opps silap, berisi).. Tup tup masih di situ juga.. Biasalah, kejap jer azam, lepas tu putus asa..

Suka tengok orang yang berisi. Comei pada mata aku. Ialah, hijau padang di sebalik pagar kan lebih cantik. Mesti la suka dengan apa yang orang ada.. Lepas tu aku suka tengok diaorang makan. Macam semua benda tu sedap jer.. Nikmat dunia tu tau. Bila cakap kat diaorng, mesti diaorg akan cakap, "Apa kata kak amik lemak saya ni kak".. "Ai dik, bukan ko sorang jer cakap macam tu, dah ramai dah".. Kalau la dalam dunia ni boleh bertukar lemak, yang taknak bagi pada yang nak, masalah mesti selesai.

Last-last aku rasa lantak la korang nak kata apa. Walaupun bila aku pakai baju tak cantik, tak ada potongan, macam orang sakit, nak buat macam mana, tu adalah aku. Aku anggap tu semua hanya gurau senda untuk hilangkan kebosanan korang. Yer la, kalau korang tak kutuk aku, orang takder benda nak cakap kan.. Kesian korang, bosan nanti.. Meh-meh kutuk la lagi... Aku suka sangat.. Aku mengalu-alukan.. Hehe baik tak aku ni... ^^
Reaksi

1 comment:

  1. hu3...dilema kita sama..sya pun kurus..tinggi 160cm, berat 43 kg ja..hu3..
    xpa, yg penting kita ni sihat..x sakitkan hati sendiri n jadi benda wat org ketawa suka kan...ho3

    ReplyDelete