Thursday, November 11, 2010

Identiti

Orang yang kuat adalah orang yang mampu menerima tentang keburukkan dirinya sendiri – aku yang cakap la…

Aku suka menonton, aku suka mendengar, apa lagi, mestilah tentang dunia hiburan. Tapi aku bukan jenis yang suka mendengar gosip atau apa-apa berkenaan artis tersebut. Kalau dia bagus dalam kerjanya, maka aku akan suka padanya, tapi kalau terdengar sesuatu yang buruk tu, kadang-kadang terjejas juga minat aku terhadap orang tu. Sebab tu aku tak suka dengar gosip. Memberi intripitasi yang kurang baik terhadap seseorang tu. Kalau betul, tak apalah. Macam mana kalau salah, dan lepas tu aku pula menceritakan kepada orang lain. Tak pasal-pasal aku pun membawa cerita yang tak betul.

Ada orang kata aku tak menyokong industri tempatan. Mungkin betul juga tapi bukan sepenuhnya. Banyak juga artis tempatan yang aku sokong (minat). Tapi masalahnya sekarang ni artis Malaysia tak ramai yang berkualiti. Aku ni seorang gemini. Sebut gemini, tahu sangat la perangai gemini yang paling utama adalah mudah bosan. Jadi aku suka dengar pelbagai genre musik. Dari musik rock hinggalah musik tradisional, lagu baru hinggalah ke lagu lama yang masa tu aku masih belum lahir lagi.

Aku seorang pendengar, atau lain kata aku seorang pengguna. Aku berhak memilih apa yang ingin aku dengar. Dah lama aku tak menonton musik-musik sedangkan zaman remajaku, aku siap mengundi lagu yang kuminat dan baru ini kutonton kembali. Kali ni banyak betul artis baru yang muncul dengan gaya baru dan tentulah dengan lagu mereka. Tapi aku kecewa la dengan artis baru ni. Satu, mereka tiada identiti sendiri. Betul aku meminati lagu-lagu bergenre KPOP, tapi maaf aku katakan, mereka terlalu terikut sehingga mencuba menampilkan sesuatu yang hampir sama dengan apa yang artis KPOP cuba tampilkan. Aku tak kisah kalau meniru, tapi minta tolong janganlah nak ikut 100% gaya mereka, yang berbeza hanya bahasa. Betul KPOP ni memang menarik, aku pun suka, tapi tak menariknya bila si penyanyi terlalu nak meniru. Ok la aku mengaku, yang korang buat tu tak menarik pun.

Bawalah identiti sendiri. Rasanya kalau mereka masuk Korea sana pun mesti diketawakan. Malaysia dah ada satu identiti yang cukup cantik, tapi rakyat Malaysia yang berbakat ni tak pandai nak menggunakannya dengan baik. Betul aku sendiri pun suka mendengar lagu-lagu artis luar, tapi bila aku kembali kepada artis dalam negara, aikk sama pulak dengan artis luar, baik aku dengar artis luar semula. Aku mendengar dari artis luar kerana mencari perbezaan tapi bila artis Malaysia mengikut artis luar, kan dah tak ada bezanya. Maka terjadilah, macam di Sinar, terdapat carta untuk lagu lama (ketawa aku bila kali pertama mendengarnya). Tapi kenapa mesti ada carta lagu lam? Sebab, lagu lama ni lebih baik (walaupun aku tak minat sangat lagu tangkap leleh ni). Ada identiti Malaysia.

Lunak suaranya, indah bahasa, elok gaya lenggoknya. Pada aku itu Malaysia. Dan kalau dibawa sedikit pengaruh dari luar, okay, aku akan terima, tapi masukkan identiti sendiri, bukan meniru membuta-tuli. Tengok dulu bila Too Phat bawa lagu anak ayam, rap bukan budaya kita, tapi diterima kerana diserlingkan dengan budaya Malaysia. Aku rindukan lagu-lagu yang indah gaya bahasa, contohnya Kurik Kundi nyanyian Siti, artis no 1 Malaysia tu walaupun aku bukan peminat Siti.

Satu lagi trend kat Malaysia ni adalah lambakan gaya. Bila satu dah diterima, yang lain pun nak ikut juga. Hasilnya lambakkan karya yang 80% tak berkualiti pun. Mana la anak muda sekarang tidak beralih arah ke artis indi. Mereka ada identiti sendiri. Lepas tu muncul pula istilah artis syok sendiri. Ai entahlah. Nasib kaulah artis. Kalau tak jadi artis pun ingat senang ke nak orang terima. Buat cara sama dikutuk peniru, buat lain, dikutuk pelik. Korang artis ke, bukan artis, manusia tetap sama. Nasiblah kalau diterima atau tidak.

Nota kaki: Aku tak ada niat untuk mengutuk walaupun entry ini memang mengutuk pun, tapi aku hanya ingin memberi pendapat, ikut suka korang la, korang nak kutuk aku balik ker aper ker.. Aku bukannya perfect sangat pun. Kutuk orang tapi pada masa yang sama aku sendiri pun buat juga. Tapi sama-samalah kita menegur dan ditegur. Apa salahnya sekali sekala terima sesuatu yang negatif tentang diri sendiri. Menegur ada caranya. Tegurlah secara baik. Kadang teguran tu susah nak diterima.

0 komentar:

Post a Comment