Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

Hehe cantik kan tarikh hari ni. Takder ker org nak buat majlis kahwin hari ni, memandangkan tarikh 10.10.10 punya ramai nak berebut.. Hehe aku tak kisah. Yang best perut aku la yang kenyang.. :P

Wahh pagi ni datang kerja berlaku sesuatu yang menakutkan. Sebuah bas tetiba nak berhenti nak mengambil penumpang, kereta yang baru keluar dari simpang belakang sikit dari bas tu tetiba meluru keluar, lepas tu sah-sah nak mengelak bas tu, mula bergerak ke arah aku yang sememangnya berada di line tengah. Aku cuba mengelak kereta tu, dan secara tetiba ada libasan angin, iaitu sebuah motosikal dengan lajunya dari arah kananku. Bunyi hon berderu.. Oh keadan sungguh menakutkan. Mujur nyawaku masih panjang.. iskk takutnya..

0 komentar:

Post a Comment