Tuesday, June 15, 2010

Menulis

Menulis menulis menulis. Sebenarnya dari dulu aku suka menulis. Tapi lama kelamaan, aku kehilangan masa untuk menulis. Masa hilang dengan hobi-hobi yang baru. Tapi bila baca semula blog-blog yang menarik, mulalah teringin nak menulis kembali. Aku baca kembali karangan-karangan ku terdahulu. Ada yang menarik untuk dibaca semula. Tapi kesalahan tanca baca, ejaan dan sebagainya pun banyak juga. Masalahnya aku masih malas untuk membetulkannya kembali.

Pada asal aku menulis blog adalah dengan tujuan ingin menulis jurnal hidupku sendiri. Aku suka menulis diari. Dulu rancaklah, tapi sekarang dah kurang, ermm sebenarnya dah lama tak menulis diari. Bermula dengan buku nota yang kubalut sendiri, kemudian diari berkunci, kemudian melangkah ke alam diari elektronik dan sekarang jurnal dan blog. Semuanya dah lama tak kemas kini. Dulu aku menulis diari adalah untuk tidak terus menerus membiarkan diri aku menjadi gila. Mana taknya, bila ada yang tak kena, aku akan luahkan ke dalam diari. Sekarang, orang nak mendengar ke, tak nak ker, aku terus curahkan terus menerus melalui kata-kata. Ermm tak tahulah mana sebenarnya yang lebih baik.

Aku sebenarnya dalam satu misi. Aku nak mencari diariku yang lama. Entah mana aku letak. Kalau tak silap, aku ada letakkan duit lama di dalam diari tu. Seronok tau sebenarnya bila membaca kembali diari-diari lama. Masa tu lah kita akan dapat lihat berapa banyak telah kita berubah. Pemikiran dan tindakan. Aku paling aktif menulis diari rasanya masa aku di university. Zaman yang memang aku takkan lupa, sebab itulah masa aku yang paling berharga.

Oklah sampai di sini sahaja penulisan untuk hari ini. Kelakar pula bila teringat. Dulu aku menulis untuk disembunyikan. Sekarang aku menulis dengan harapan ada orang lain yang akan membacanya. Tak kisahlah. Nak baca atau tidak, itu anda yang menentukan. Ada aku kisah. Janji korang tak ban aku sudahlah.. Baiklah, masa untuk menonton.

0 komentar:

Post a Comment