Thursday, February 18, 2010

Tak ada apa-apa

18 Feb 2010. Jam 10.10 pagi mengikut angka jam di laptopku. Aku pening apabila hamper setiap hari aku melihat computer. Bukan mengeluh atau mengadu. Sesungguhnya berkerja dengan computer adalah sesuatu yang amat aku sukai. Tapi apabila computer di hadapan ku dan aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ada kerja yang perlu dilakukan tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Terasa diri diperhatikan. Perasaan begini hanya akan timbul sekiranya aku melakukan sesuatu kesalahan. Menulis dokumentasi membuatkan aku terasa sebagaimana semasa aku belajar dahulu. Menulis sesuatu yang membuatkan aku kebosanan.

Menyebut tentang zaman belajar, bila teringat 4-5 tahun yang lalu, aku telah banyak berubah. Baru masuk belajar, tak banyak yang aku tahu tentang computer. Internet apatah lagi. Nama sahaja budak computer, tapi computer sebiji pun tiada. Mujur masa tu ada Niza. Apa lagi 4 orang menggunakan computer yang sama. Kalau tak silap aku menjelang atau semasa di semester kedua, aku berjaya memiliki komputerku yang pertama. Kurang menariknya, second hand. Di kala masing-masing gembira dengan Window Xp, aku masih terhegeh-hegeh dengan Window 98 yang apabila rosak, ku upgradekan ke Window 2000 atau ME. Yang mana satu aku dah lupa. Sunguhpun begitu, computer Niza masih menjadi sasaran ku bermain memandangkan komputerku tak berguna bila ku ingin menonton cerita atau bermain permainan computer yang ternyata lembap.

Di penghujung pempelajaranku (tahun akhir), kegagalan memperoleh RAM dari abang iparku dan digantikan dengan cpu baru yang comel dan kecil, itulah computer ku yang kedua. Masih second hand. Masih lembab tapi sekurang-kurangnya ianya window xp. Komputer lama kuhantar ke pulang.

Tamat belajar, aku ke Kuala lumpur. Masuk latihan ACCP di Cosmopoint untuk 6 bulan. Ku pinjam laptop ayah. Tapi kemudiannya terpaksa kupulangkan. Hampir sebulan agaknya, aku meminjam laptom untuk melakukan kerjaku. Apabila mula bekerja, dengan pinjaman wang dari ayah aku membeli laptopku yang pertama. Sampai kini masih belum habis dibayar. Setelah 3 bulan bekerja, syarikat memberikanku laptop baru dan kini aku punya 2 laptop untuk digunakan. 2 komputer lama yang masih boleh digunakan dan kini ditambah dengan 2 laptop baru. Sejak bila aku kaya dengan computer ni.. 

1 comment:

  1. ada byk nama aku keluar kat sini.. terharu plak rasa.. huhuhu.. aku kagum.. ko dah kaya dengan komputer skrg.. tpi aku masih 1.. =)

    ReplyDelete