Tuesday, June 16, 2009

Mungkin kerana ini dia berjaya..

Aku mungkin sudah terlalu tua untuk mempunyai seorang idol.. Alah kalau idol macam PM ker, Motivator terkenal ker takper lah juga. Ini, orang yang kugelar Idol adalah seorang penyanyi luar negara, yang kalau dia cakap bukan aku paham pun. Ok, memang aku meminatinya, mempunyai imaginasi nakal tentangnya (haha aku manusia juga).. ala teringin nak berjumpa dan bergambar jer. Salah ker.

Ok, berbalik kepada tujuan asal. Kenapa aku suka dia? Sebab dia mempunyai karakter2 yang kukira, berbaloi untuk ku suka padanya (cewahh).. Kelakar, hardworking, lemah lembut, caring, sanggup lakukan apa saja, hanya untuk berjaya. Aku tahu dia memang bekerja kuat, sebab entah berapa kali ku dengar dia jatuh kerana kepenatan.. Sian dia. Kalau muncul di kaca tv (kes aku youtube jer ar) pula, selalu terlihat eyebag di bawah matanya, dan dia selalu cakap kan bagus kalau dia punya masa tidur yang lebih. Tapi dia terima semuanya kerana itu yang dia mahu.

Dalam satu temubual, mc ada bertanya motto hidupnya yang membuatkan aku berkata awwwww, patut la. Kan bagus kalau orang Malaysia (aku) ikut motto macam tu. Mottonya ialah "You dream while asleep, but you make your dream come true by not sleeping" dan "Time and effort won't betray you".

Satu motto yang memang buat kita bekerja keras.. Majulah Emi untuk keluarga.

1 comment:

  1. aku yg dah tua ni pun tak penah ada idol dalam idup aku. sbb tu aku masih mcm ni jugak.. huhuhu... jangan kata idol org2 yg berjaya ke apa. Malaysia Idol pun aku tak tengok, apatah lagi American Idol.. uhuhuhu...

    ReplyDelete