Friday, June 5, 2009

Egonya lelaki..

Ni kisah pagi tadi. Kisah yang buat aku geram walaupun sebenarnya aku dah lupa dah.

Kisah di mana seorang lelaki memandang rendah kepada seorang perempuan hanya kerana dia seorang perempuan. Hello, encik lelaki, dunia sekarang bukan macam dulu. Perempuan mampu buat kerja lelaki dan lelaki pun mampu buat kerja wanita.

Perempuan tak pernah terfikir nak gantikan lelaki, tapi entah kenapa lelaki rasa tercabar. Kisah pagi tadi tentang si perempuan yang tak berpuas hati bila kerjanya dipertikaikan hanya kerana ianya tentang sukan. Tanpa memberi peluang untuk menyatakan pendapat atau pandangan, dia dipulaukan terus dari kerja itu dengan hanya alasan awak perempuan dan saya lelaki, apa yang awak tahu tentang sukan.

Mulanya tak pula aku nak marah, tapi bila si perempuan meminta agar lelaki tersebut memohon maaf, dengan penuh lagaknya si lelaki tersebut berkata "Untuk apa? Untuk kebodohan awak?". Aku mungkin bukan perempuan tersebut, tapi aku yang mendengar turut merasakan kegeraman, apatah lagi oleh tuan empunya diri. Egonya lelaki ini.
Aku tidak katakan semua lelaki begini, hanya segelintir sahaja. Kerana ternyata Si perempuan ini disokong oleh ramai lelaki-lelaki lain yang mengetahui kisah ini.

Aku hampir ketawa bila mendengar si lelaki berkata "Lelaki adalah yang terbaik di dunia, chef terkenal bukan perempuan tetapi lelaki, ...." aku dah lupa apa lagi dia katakan. Hai kalau aku ada di situ nak saja aku kata "Betul chef terkenal memang lelaki, tapi tahukah anda si lelaki yang menjadi chef itu tetap akan pulang ke rumah mendambakan masakan isteri atau ibu yang juga merupakan seorang perempuan".

Aku ceritakan kisah ini bukanlah untuk mengutuk lelaki. Tidak sama sekali (mungkin untuk si lelaki empunya diri di dalam kisah ini). Aku hanya sekadar mahu berkata "Wahai lelaki-lelaki semua di luar sana. Wanita tak pernah terfikir nak gantikan lelaki, tetapi kami mahu berdikari. Kami masih perlukan lelaki. Apa salahnya kalau masing-masing saling bekerjasama antara satu sama lain. Dah tak wujud lagi kata-kata kerja ini hanya untuk lelaki dan kerja itu pula hanya untuk perempuan."

P/s: Entah kenapa aku rasa kelakar menulis artikel ni.. Hehe

2 comments:

  1. kapit... aku suka sukan wrestling.. hahaha =)

    Amacam? aku leh jadi ego macam lelaki jugak tak?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete