Saturday, December 6, 2008

Aku, AJax dan Blog..

Kerja baru bermakna bermula pelajaran baru. Sekarang ni aku berjinak-jinak dengan penggunaan AJAX di dalam ASP.NET. At first agak best juga la. Memang ada beberapa perkara yang agak memudahkan. Tapi bila perkara kecil yang pernah aku buat dengan menggunakan Visual Studio 2003 tapi tak boleh dibuat di dalam Visual Studio 2008, geram juga. Akhirnya baru la aku tahu yang AJAX asp.net masih lagi beta. Nama pun beta so kena la terima jika ada kekurangan.. Setelah 3 hari berhempas pulas mendapatkan juga apa yang aku nak, akhirnya penantian aku berakhir juga. Tak puas hati bila penyelesaian yang diambil merupakan satu langkah yang sangat mudah. Tapi walau apapun, aku masih perlu belajar banyak lagi untuk pemahaman dan lebih belajar dengan apa yang telah aku pelajari. Mungkin ada bahagian yang serono dan ada juga yang tidak.

Betul la orang kata. Ilmu tu luas. Lagi banyak yang kita belajar, sebenarnya lagi banyak yang kita tak tahu. Kerana terlalu tension dengan kerja-kerjaku (maklumlah aku ni bukan jenis yang boleh menumpukan sepenuhnya 8 jam waktu bekerja dengan tengok coding jer) aku pun melayarilah ke alam laman-laman jaringan labah-labah (laman web la tu). Sambil berpoya-poya di dalam dunia blog yang dah lama aku tak ambil peduli sangat, aku terserempak dengan satu laman blog berinfomatif (ye lah selama ni asyik mencari hiburan sahaja). Baca punya baca (aku agak suka dengan kandungan blog ni) buat aku rasa macam nak jadi macam pemilik blog tu juga. Gaya bahasa tak jauh beza dengan aku. Well dulu aku menulis dengan agak baik tanpa pengaruh bahasa rojak atau bahasa pasar yang dah menjadi kebiasaan aku sekarang. Tapi apa yang lebih penting, ianya sangat berinformasi. Tak ada lah selama ini rasanya macam dah lama aku tidak mengisi pengetahuan2 baru tentang dunia semasa.

Haha mana taknya dah lama tak dengar berita atau baca akhbar. Tak sanggup melihat berita-berita negatif yang semakin menjadi bahan utama penarik pembaca akhbar berita tempatan. Naik menyampah dengan berita-berita yang memburukkan orang lain, kes bunuh di sana sini dan lain-lain lagi dah. Walaupun ada juga berita-berita penting yang sepatutnya aku dengar dan tahu. Tapi kembali kepada topik asal tadi, kenapa aku suka blog saudara yang aku bukan tahu siapa miliknya ni. Hanya suka yang boleh kukatakan sebab bukan senang nak buat orang membaca sesuatu perkara yang merupakan info dan pelajaran baru buat seseorang. Dan yang pasti pemilik blog ini berupaya membuatkan aku jejak seketika di ruangannya dan membaca entri-entri yang telah dimasukkan.

Baca punya baca barulah aku sedar banyak yang aku buat silap dengan blog aku selama ini. Aku sememangnya selalu tidak memenuhi etika-etika seorang blogger (sedangkan ada hati nak jadi blogger). Plagarism. Satu perkara yang memang aku selalu buat. Tapi aku tidak berniat jahat. Hanya sekadar ingin berkongsi perkara-perkara menarik yang pernah aku baca setiap kali aku melayari internet dan kebanyakan masa aku lupa di mana aku peroleh karangan tersebut sama ada dari email, blog atau buletin. Pada aku, aku hanya sekadar ingin berkongsi bersama kawan-kawan (sbb kawan jer yang baca blog aku) dan memudahkan aku untuk membaca semula artikel-artikel tersebut. dan jika aku tak lupa aku akan sertakan sekali sumber yang kuperoleh artikel tersebut. Maaf jika aku terlupa.

Adakah aku akan mengubah cara aku berkarya atau cara aku berblog. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Apa yang pasti, jika jawapanya ya, mungkin aku tidak terus menggunakan blog ini sebaliknya aku akan cuba memulakan blog yang baru yang mana sekarang ni mula tertarik dengan wordpress atau meneruskan dengan liveJournal yang masih belum kufahami bagaimana ingin menggunakannya.

Objektif aku untuk blog di masa akan datang:
1. Memperbaiki bahasa aku tidak kira bahasa inggeris atau bahasa malaysia.
2. Menambahkan jumlah rakan yang kurasa kurang terutama teman yang berkongsi minat yang sama.
3. Aktif semula menulis. Tak tahu lagi sama ada tulisan berbentuk fiction atau fakta. Dan mungkin kali ni aku tidak segan silu membiarkan seseorang membaca karangan kreatifku. Sebab selama ini semuanya kusimpan dalam buku berkunci.

tbc.

0 komentar:

Post a Comment