Siapa yang tak pernah berangan untuk melihat tempat orang lain atau mengelilingi dunia. Aku yakin semua pernah kan. Tapi hanya beberapa orang sahaja yang mampu merealisasikan impian itu. Bukan senang nak mengelilingi dunia. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Cukupkah duit, ilmu di dada.. Takkan nak pergi macam tu sahaja.. Tapi jangan tak percaya, sebenarnya ada jer orang yang melancong dengan wang yang sedikit.. Aku pernah dengar, tapi tak pernah mendengar sendiri dari lubang telingaku ini..
Wahhh indahnya impian.. Tapi aku seorang perempuan. Perempuan nak mengembara, mana boleh sorang-sorang. Kena berteman, kena bersama muhrimnya.. Lepas tu kena juga fikirkan keluarga. Mak aku memang jenis risau. Sekarang masa tengah solo ni, cuba2 jugalah balik kampong sebulan sekali.. Kalau jarang bertelefon, mak dah mula bising. Selain tu, masalah utama adalah pemakanan. Pergi tempat orang, risiko makanan tak halal dan sebagainya.. Belum lagi risiko jumpa orang yang berniat buruk... wahhh takutnya... Bagaimana dengan kerja aku, duit simpanan pun tak ada.. Aku ni baru nak mengenal dunia..
Banyak sungguh alasan. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba mencapai impian aku dengan cara lain.. Selain dari pembacaan, boleh juga lihat video dibawah..
Monday, January 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment