Saturday, March 12, 2011

Jom tengok wayang

Kalau minggu lepas, bila member2 tanya nak tengok wayang tak, aku pasti akan termenung. Sebab tak ada cerita yang menarik perhatian aku. Tapi bermula hari ini (10 hb) hinggalah bulan April, beberapa filem yang memang aku tunggu-tunggu kemunculannya.

~~~~Pertama: Hikayat Merong Mahawangsa~~~~


Yang telah memulakan penayangan pada 10 Mac lalu, Hikayat Merong Mahwangsa. Macam menarik sebab ni adalah satu movie besar dan hebat dari KRU production. Aku suka baca review, terutama dari pengunjung setia wayang dan tetiba, aku terdengar (baca) sesuatu yang kurang elok untuk cerita ni. Ermm nak percaya atau tidak, macam dah terpengaruh sikit, tapi kena tengok sendiri baru percaya. Dan oleh kerana memang menunggu-nunggu hari penayangan, so mestilah kena tengok. Lain orang lain pendapatnya kan. But PG13 dan ada unsur yang tidak kemelayuan, aku......

Meh tengok trailer:




~~~~Kedua: Cun ~~~~


Drama Cun. 31 Mac. Aku tengok video klip. Comei. Tapi plot biasa dipertaruhkan. Cerita santai jer. Tapi kalau cerita sweet and boleh buat kita tersenyum apa salahnya nak tengok kan. Ermm xder gang la nak tengok citer ni.

Clip:



~~~~Ketiga: Gantz ~~~~


Yang ni memang yang paling ditunggu. Tarikh sebenar tak tahu lagi, tapi yang pasti bulan April ni. Tak sabarnya. Ingatkan takkan masuk Malaysia tapi di GSC ada tertulis 'coming soon in April'. Filem dari Jepun beb. Gantz.. Aksi... Nino-kun... Adaptasi dari manga... Hehe tapi anime dia, hehe aku banyak skip, 18sx tu. Kalau cakap kat budak laki aku layan Gantz, memang diaorg terbeliak mata sebab wooo budak cam aku layan gantz.. Weit korang aku tak tengok kat bahagian cencor tu yer. Aku layan manga jer, anime aku delete. Manga pun layan dari Arena, so sah-sah adegan tak boleh dilihat dah digelapkan atau dibuang.. Lagipun aku dah over 18 per...

Trailer



Ok tiga tu jer yang aku nak layan. Selebihnya tak payah la, membazir duit jer.. Kui kui kui. Lagipun bila takder gangs kaki wayang ni susah gak. Cam pelik la kalau aku tengok sorang-sorang. So ada sesapa nak menawarkan diri untuk menemaniku untuk menontoni cerita-cerita menarik ni. Just roger me kay.
Reaksi

0 komentar:

Post a Comment