Wednesday, February 16, 2011

Musibah dan kebahagiaan....



Benda yang paling kompleks dalam dunia ni adalah manusia dan otak manusia. Dulu aku suka baca buku-buku berkaitan motivasi, personaliti manusia dan psikologi. Kalau ikutkan, masa nak sambung belajar pada masa tu aku memang teringin nak pilih bidang tu, tapi orang tak bagi. Yer la orang tua ni kan, nak anak belajar dan memastikan apa yang dipelajari oleh anak mampu membantu masa depan anak. Lain kata, senang nak cari kerjalah. Ada kerja, maknanya ada duit, dan bila ada duit maknanya masa depan terjamin (yer ker?). Ermm jadi kebahagian kita adalah bergantung pada duit? Ramai orang kata ada duit tak semesti bahagia. Ok aku setuju. Malah ada juga kata-kata bijak pandai (sebab tak ingat siapa), lebih kurang berbunyi ‘Semakin kaya orang itu, semakin tidak bahagia orang itu’. Jadi Bill Gate tu tak bahagia ker?



Aku rasa tak. Setiap orang ada titik kebahagiaan sendiri. Ada duit ker, xder duit ker, mesti bahagia la. Ada ker orang yang langsung tak pernah tersenyum, ketawa, yang menangis 24 jam sebab dugaan hidup yang amat hebat. Jawapan ada kot. Tapi bukan ker Allah S.W.T telah berjanji yang Dia tidak akan menguji umatnya jika umatnya itu tidak mampu menghadapinya. Aku cemburu dengan orang-orang yang sentiasa diuji. Bukanlah aku terlalu ego dan meminta untuk diuji, TIDAK. Cuma kadang-kadang manusia lupa, Allah saying pada mereka sebab tu lah Allah uji mereka.

Mesti ramai yang akan cakap, ‘Alah kau bolehlah bercakap, sebab bukan kau yang kena, bukan kau yang menanggung sengsara.’
Dan aku pun mesti akan menjawab, ‘Ya, betul memang aku tidak berada di tempat mereka jadi tak tahu apa yang mereka rasakan’. Sungguhpun begitu aku tetap rasa mereka bertuah.

Sebab pertama, kenapa bukan aku yang diuji sedemikian rupa? Mungkin kerana aku ni terlalu lemah atau tidak cukup kuat jika diuji begitu. Lemah rupanya aku ini. Orang yang selalu diuji ni kuat tau berbanding dengan orang yang biasa senang. Kalau pernah rasa susah, dia ni akan lebih tak kisah. Tapi kalau orang biasa senang, tiba-tiba hidup susah. alah tak susah mana pun, tapi mereka mesti rasa sangat-sangat susah.

Kedua, mereka diberi kesempatan untuk dekat dengan Tuhan, atau kembali ke jalan yang benar. Yer lah, bila dah tertekan, kebanyakkannya (bukan semua) barulah nak dekat-dekatkan diri dengan Tuhan. Masa tulah baru nak mencari ketenangan jiwa. Masa tu baru nak beringat. Tapi baguslah, mereka sempat bertaubat, sempat berserah. Kalau tak... kita tak tahu masa depan.

Jadi boleh korang beritahu kenapa aku tak cemburu. Allah uji sebab nak mengingatkan manusia yang selalu terlupa tu. Tu tanda Allah sayang. Cuba kalau terus menerus hidup dalam kesenangan tanpa sebarang masalah. Joli sana, joli sini. Dunia ni dia sorang jer yang punya. Lupa daratan, lupa agama.



Hidup senang pun satu dugaan juga. Allah uji tahap kesyukuran hambanya. Cuba korang banding, dalam dua jenis dugaan ni, yang mana satu yang lebih ramai membuatkan manusia-manusia ter-uji ini, mampu bersabar, bersyukur, bertaubat dan sebagainya. Yang hidup senang ni lebih mudah lali. Berapa kerat sangatlah yang masih berada dilandasan yang betul.

Bagaimana pula yang hidup susah ni, ataupun tiba-tiba ditimpa musibah. Mesti masa tu mula nak beringat. Sebab Allah memberi ingatan melalui musibah tu. Bencana alam, kemalangan, ditipu, kes-kes yang tiba-tiba mengundang tanpa dijangka. Keadaan senang lenang dalam sekelip mata sahaja berubah menjadi papa kedana.

Kesimpulan aku. Tak kira la macam mana susah ker senang ker,setiap orang tu ada bahagianya. Cuma bagaimana korang melihat kegembiraan itu. Kalau korang boleh kata korang tak bahagia, aku nak tanya, pernah ke korang tak ketawa, atau merasakan bagaimana perasaannya apabila ketawa. Cakap memang senang, tapi nak aplikasikan tu yang susah. Tapi tak bermakna kita tak boleh mencuba. Aku juga pernah marah, pernah sedih. Aku pernah menangis dan pernah juga ketawa. Maksud bahagia itu adalah bagaimana anda melihatnya.

Kalau anda ingin bahagia, maka kejarlah bahagia. Buka mata, buka minda. Dunia ini luas. Peluang sentiasa ada. Pandang sekeliling. Bila satu jalan tertutup, mesti ada jalan kedua yang terbuka. Jangan cetekkan ilmu. Kalau dunia asyik terperuk, apa yang tertanam dalam jiwa, 'akulah yang paling malang', 'akulah yang paling susah', bila masa dia nak rasa bahagia. Sebab tu wujud kata-kata 'Sesusah manapun kita, mesti ada orang yang lebih susah dari kita'.




Nota penulis: Ini pendapat aku tentang hidup dan kebahagian. Maaf kalau ada beberapa bahagian yang salah fakta (ada fakta ker?), salah ejaan, salah tatabahasa. Kalau ada pembetulan yang perlu dibetulkan, jangan segan silu komen. Hamba orang belajar, tak kisah ditegur.. Salam..

0 komentar:

Post a Comment