Wah ganas akak aku sorang ni. Nampak bosan sangat pasal pagi ni jer, sampai 4 entry dia buat dalam blog. Tak pasal-pasal, terjangkit pula pada aku ni. Mula la dalam kepala otak dah mula mengarang.
Kerja memang tengah banyak a.k.a urgent. Tu la tangguh lagi. Bos dah ingatkan berkali-kali.
"Emi, Server Nilai dah siap?"
"Ermm belum lagi bos, ada masalah dengan Hard Disk, tak tahu apa iktiar apa lagi,"
Ala alasan la tu. Memang ada masalah pun, masalah dia, aku tak reti nak tackle masalah tu. Macam-macam yang biasa aku buat tapi tak berjaya pun. Lepas tu apa lagi, malas dah aku nak tengok. 'Nantilah', 'Petang nantilah', macam-macam alasan aku untuk bertangguh.
Pagi tadi:
"KRING KRING" Bos mengangkat telefon. "Oh Suzy, komputer? ooo Komputer tu belum siap lagi la. Nanti kejap yer, suruh mereka buatkan," ganggang diletakkan.
"Emi, format komputer Suzy"
"Wokeh bos," jawab aku. Dalam hati. 'Ai bukan Husna kata nak buat ker semalam'. Sambil sengih-sengih aku ON komputer. Alamak Window XP la pulak. Tak semangat kalau nak format pc XP ni. Tengok RAM, ala 512MB jer. Ermm mana pula External DVD drive ni. Kali terakhir nampak, masa buat installation di Seremban hari tu. Tanya senior, tanya bos, tanya rakan sekerja lain, semua kata tak nampak. Mulalah bilik diselongkar. Rasanya mungkin tertinggal atau ada pada bos lagi sorang. Aduh, masak-masak. Sambil-sambil, cari lebihan RAM, mana tahu ada lebih, boleh aku tambah. Mujur ada, jadi boleh lengkapkan jadi 1GB. Yay boleh install Window 7. Senang sikit. Ermm terpaksa guna internal DVD, tapi takper keje lebih sikit jer. Komplen macam banyak sangat kejer jer.
(Semasa dalam proses installasi)
Lama betul tunggu, ok, sekarang nak install sistem akaun pula. Tiba-tiba...
KRING KRING
"Hello" bos mengangkat telefon. "Apa langsung tak boleh buka dah, baik, sekarang juga kami pergi sana tukar komputer." Letak telefon. "Emi, server Nilai dah siap? Server Nilai dah down terus dah sekarang ni, kena tukar"
"Ehhh?!" balas aku sambil tersengih-sengih. Kantoi aku. Tu la tangguh lagi.
* Setelah server dibuka.
"Ermm Encik, dari hari tu macam-macam saya buat, tapi asyik jadi begini jer"
Bos pun tengok, dia kacau sana, kacau sini.. "Ermm Ok try format" balas bos. Ai apa la yang bos buat. Ok jer kat tangan dia. (Ala ko tu jer yang tak tahu).
Aku pun tutup server tu, pasang DVD drive (Nak guna external kan tak jumpa). Bila nak on, 'ehhh kenapa tak boleh ni. Tadi bos buat ok jer". Setelah digodek-godek, tak juga berjaya.
"Erm bos, saya tak boleh buka server ni." Bos pun mula melihat-melihat dan mengusik-usik server tu. Boleh pulak on setelah tapi setelah hampir setengah jamlah. Aku sambung kembali proses installasi, dari luar terdengar bos menyuruh workmate aku yang lain gantikan kerjaku yang sebelum ni terbengkalai.
Separuh perjalanan proses installasi, 'ehh nak install di mana ni, kalau hard disk tak jumpa. Tension betui, ada jer yang tak kena, nak kena panggil bos lagi ker. Terpaksa la, urgent ni.'
"Bos, tak boleh la. Hard disk tak jumpa" maka dengan baik hatinya, bos pun tengok la lagi apa masalahnya dengan server tu. Setelah hampir sejam.
"Bos apa kata tukar hard disk. ni ada hard disk dari Tawakal yang lama dulu, ok lagi ni"
"Ermm ok, try dulu." Dan dengan jayanya, server dibuka dengan baik sekali.
"Saya dah tau masalahnya, jumper hardisk ni dah hilang, so nak buat RAID, server dah confuse" Bos menjelaskan.
"OOOOOOOO" Tu jer la jawapan aku bila bos terangkan sesuatu.
"Ok buat RAID dulu lepas tu format," arah bos.
"OK bos" balas aku. Lihat jam. Alamak dah 12.30. Cepat betul masa berlalu. Selalu tu, bukan main mengira masa aku. 'Aduh, mesti hari ni tak dapat nak main karom. huhu tak bestnyer.'
*Tepat pukul satu
"Hari ni tak makan kan. Boleh tak siapkan server tu? Nanti kalau siap, saya nak terus pergi ke sana," ucap bos.
"Ermm tak boleh nak janji la bos. Yang lama sikit tu SQL ni la."
"Ermm kalau macam esok sahajalah saya beritahu diaorang." Yay nasib baik bos aku ni memang memahami. hehe boleh la gi main karom kejap, sambil-sambil nak menunggu proses installasi SQL siap.
*Jam 2.45 petang.
'Arghh lamanya SQL ni. Sampai sekarang pun tak siap-siap lagi.
*Jam 3.20 petang.
'Huhu mengantuknya. Dah sampai peringkat paling tak suka nak buat. Edit database.'
*Jam 3.54 petang.
'Lamanya window update ni. Cepatlah. Nak balik 4.30, tp sekarang ni hard disk SATA tak pasang pun lagi. Nak format lagi. Nak set share folder lagi. Arghh banyak lagi tak siap. Kalau nak listkan memang tak banyak, tapi nak menunggu tu, alahai. Aku nak balik. Kalau tak pergi rumah Kak Emi hari ni, tak aper ker? Rasa macam nak suruh ambik jer.'
*Hari ini masih belum tamat.... Selamat bekerja dan selamat berpuasa.
Wednesday, August 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment