Friday, September 11, 2009

Akukah yang emo???

Hehe. Tajuk emo bukan main, tapi aku mulakan dengan ketawa. (Smirk).. Aku tak bohong. Aku memang tengah emo sekarang ni. Cuma sekarang perasaan aku dah semakin baik. Terima kasih kat Niza sebab sudi jadi pendengar setia (in this case pembaca la, sebab aku taip dalam YM).. Apapun, bulan puasa kali ni macam banyak sangat dugaan dalam hidup aku.

Mengeluh? Tidak. (ermm sikit la, aku ni kan manusia yang lemah). Tapi aku masih bersyukur dengan dugaan yang ada, walaupun aku harap aku tak perlu menghadapinya. Tapi aku sebagai manusia mestilah kena menghadapi dugaan kan. Nak taknak kena juga hadapinya.. Puas memberontak untuk satu masalah, tapi masalah lain tu aku dapat juga hadapi dengan tenang. Bukan boleh buat apa selain dari atasinya.

Kerjaya: Kerja semakin banyak dan aku semakin lari dari jadualku gara-gara secara tiba-tiba muncul kerja lain yang perlu terlebih dahulu diselesaikan. Cuti raya masih belum dipohon sebab aku tak tahu nak start cuti bila, balik dengan sapa, sebab aku tak beli tiket bas. Kerja tertangguh walaupun kali bukan dengan sebab aku sendiri, dan permintaan semakin bertambah dan sekarang aku dah semakin confuse..

Kesihatan: Ini kali pertama aku menghadapi puasa dengan masalah kesihatan dan masalah peribadi. Awal puasa kena serangan Gastrik tapi mujur puasa tak terjejas. Sekali aku tak sahur, mulalah mengeletar seluruh badan macam seminggu tak makan. Tak boleh nak buat apa. Tanggung ajer la. Harap tahun depan aku okay. Dan sejak balik dari Penang, selsema aku tak baik-baik. Malah waktu tidurku sekarang ni pun dah semakin pelik. Duduk rumah orang ok la plak aku punya jadual tidur. Rumah ni bagi aku waktu tidur yang pelik la.

Motosikal: Yang paling menguji kesabaran aku. Betul. Aku memang tak boleh nak sabar dengan ni. Macam mana nak sabar bawa motor tak lebih 60 km/j dalam masa sebulan. Gila. Baru masuk hari kedua, dan aku memang dah tension sangat. Tidakkkk... 678.. Terbang macam tu jer. Rosak plan aku. Tak boleh nak raya sakan walaupun aku bukan suka raya sakan sangat pun. Tapi nak juga aku bagi duit raya kat anak buah, kat mak dan ayah, cuma sekarang semua tu dah tak mampu lagi dah. Ai nasib-nasib. Dah la tak beli apa-apa untuk mak dengan abah ni.

Rumah: Aku nak cari rumah baru lepas raya ni. Ni ada kaitan dengan masalah peribadi yang aku tak boleh nak tulis dalam blog ini. Tapi harap semuanya berjalan dengan lancar.

Diri sendiri: Semakin malas, semakin jahat, suka cari gaduh. Kat ofis, aku la paling kuat suara. Malu la plak.. Kat rumah, bilik macam sarang tikus, baju bertimbun tak basuh... Gila..

Emi. Kuatkanlah semangat diri kamu tu.. Sampai bila nak jadi macam ni. Mana sikap positif yang pernah ada dalam diri kamu.. Argh mengantuknya. Bangun jam 3 pagi memang lah macam ni.. Ok gi sahur, sahur
Reaksi

1 comment:

  1. betoi tu.. memandu/menunggang pada kelajuan 60km/j mmg menguji kesabaran kita.. aku sangat bersetuju dengan ko.. banyak2 sabar lah yer..

    ReplyDelete