Sunday, March 22, 2009

Beza dahulu dan sekarang

Haha entry ni lebih kurang jer macam entry yang Niza buat. Tapi ni versi aku..

Beza dulu dan sekarang.

Makan.
Dulu: Hai kedekut nak mati. Bukan apa, duit terhad, jadi kalau masuk tempat mahal untuk makan (mcD jer pun) berkira gila.. Lagipun bukan suka sangat pun pasal tak pernah makan.

Skr: Amboi-amboi.. Malasnya nak pergi jauh-jauh beli makanan. Sebelah ajer la (mcD la tu).. Skr dah tak kisah masuk mana-mana restoren, dan pesan jer. Kadang-kadang berkira juga la. Tapi sekali sekala apa salahnya..

Tidur.
Dulu: Seronoknya bila boleh tido bila-bila masa jer. Sanggup tak tido malam lepas tu tido siang.. Nak jadi kelawar ker haper tah..

Skr: Ai bila petang masa bekerja, nak ajer tido. Tapi takkan nak tido kat office kan. Nak taknak, bertahan la. Sekarang ni asal pukul 11 dah mengantuk. Tak remaja betul.

Internet.
Dulu: Asal masuk internet jer, download no satu. Anime, manga, lagu and movie mmg la tak pernah lepas.

Skr: Download dah berkurang. Tak macam dulu. Tengok cerita pun secara steaming jer. Download lagu kalau ada request. Manga dah lama tak baca. Sekarang lebih banyak ke arah baca fiction.

Pakaian
Dulu: Selekeh nak mati. T.Shirt dengan jean yang tak comei pun. Tak pernah peduli pasal pakaian. Pakai jer mana yang cepat dan senang.

Skr: Tak la selekeh macam dulu. Tapi dah pandai ar nak feminin sikit, ada ar makeup sikit-sikit, pakai celak jer pun, baju pun bukan setakat Tshirt jer. Selalu juga la shoping baju.

Novel
Dulu: Asal start baca buku mesti nak habiskan cepat-cepat. Buku yang 1000 lebih muka surat pun boleh dihabiskan dalam masa beberapa jam sahaja.
Skr: Lambat sikit. Bukan apa, asyik ada aktiviti lain, dah tak banyak masa nak baca buku. Asyik tangguh jer.

0 komentar:

Post a Comment