Tuesday, July 22, 2008

Suatu ketika dahulu

Hari ni aku membuka semula buku-bukuku yang lama. Terjumpa aku dengan satu buku yang penuh dengan catatan masa kecilku (tak la kecik sangat). Satu perkara yang aku telahpun lupa akan masa lampau ku.Masa kecilku. Betapa berbezanya pemikiranku ketika itu. Ya tak dinafikan dari dulu lagi aku suka menulis. Tapi tak sangka bila semakin dewasa begini, membaca kembali tulisan-tulisanku masa ku kecil melahirkan satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Ye lah, sekarang kalau menulis imaginasinya dah lain, dulu lain. Dulu aku suka menulis tentang apa sahaja yang aku lihat. sekarang aku suka menulis apa yang aku fikirkan. Ermm cuma yang pasti tak kira dulu mahupun sekarang aku tetap malu kalau ada orang baca tentang tulisanku, imaginasiku.

Catatan pada 07/12/2003

Aku tak tahu kenapa sejak dahulu aku sangat sukakan langit. Apa sahaja yang ada kaitan dengan langit. Tak kiralah langit, awan, bulan, bintang, burung, kilat malah kapal terbang pun sama. Langit memberikan banyak misteri yang belum terungkai. Aku harap satu hari nanti aku dapat melibatkan diri dengan langit. tak kiralah sama ada aku menjadi seorang juruterbang, angkasawan, penyelidik ataupun seorang jurugambar yang merakamkan detik-detik langit.

Setiap hari langit berubah. Tak pernah sekalipun ia sama dan yang pastinya tak ramai yang sedar akan keadaan ini. Langit sebenarnya banyak mempengaruhi manusia. Dari cuacanya, taburan bintangnya, malah bulan yang menentukan pasang surut laut. Dengan langit, kita nampak ketenangan, dengan langit kita juga nampak ketakutan. Manusia begitu kerdil bila dibandingkan dengan langit. Langit itu terlalu luas, banyak misterinya. Apa yang ada disebaliknya? Terlalu banyak cerita tentang langit. Tentang planetnya, makhluk asing, ramalan bintang, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya Professor Datuk Dr Mazlan Othman cuba untuk merungkaikannya...

0 komentar:

Post a Comment