Tuesday, 15 January, 2008
8:50:43 PM
Galileo
Dah habis tengok Galileo. Agak menarik juga cerita ni. Dah lama tak tengok Masaharu Fukuyama berlakon. Kali terakhir aku tengok pun 7 hingga 8 tahun yang dulu. Tajuk cerita tu pun aku dah tak ingat dah. Dari dulu sampai lah sekarang aku ni suka sangat dengan cerita misteri. Misteri yang bukan seram. Seram tu lain cerita pasal aku tak suka dengan ending yang tak berkesudahan. Geram kalau tengok cerita macam tu. Takut pun satu alasan juga kot. Hehe . Lainlah kalau tengok cerita misteri yang berunsurkan misteri pembunuhan dan sebagainya. Di mana ada ada seorang atau sekumpulan hero yang akan menyingkap misteri tersebut. Kemudian muncul pula babak-babak suspen yang boleh membuatkan si penonton tercengang atau berdebar-debar dan tak sabar menunggu hingga penghujung episod. Bertambah-tambah best lagi kalau misteri tersebut berungkaian yang membawa dari satu misteri ke satu misteri. Fulamak itu memang boleh buatkan orang takkan terlepas dari mengikuti kisah tersebut.
Berbalik kepada cerita Galileo ni dimana Masaharu Fukuyama yang kacak tu berlakon sebagai Profesor Yukawa Manabu yang merupakan genius dalam bidang fizik yang selalu membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes-kes yang sukar. Satu elemen yang memang aku suka sejak dari dulu. Hero yang kacak kemudian genius lagi. Memang Prof manabu ni genius, tapi dia ni sangat pelik dan kebanyakkan orang memang tak dapat memahami dirinya. Apabila terdapat sahaja perkara yang dia sendiri tidak faham dan tidak dapat menjelaskannya dari segi sains, dia akan ketawa dan mengatakannya yang ianya amat kelakar. Menonton drama ini adalah amat menyeronokkan. Ianya boleh dikatakan satu drama yang ditulis dengan amat teliti kerana terdapat banyak jargon-jargon sains yang digunakan yang mustahil orang biasa dapat memahaminya sebagai contoh penerangan semasa menyelesaikan kes. Tapi sekurang-kurangnya ia bolah membawa penonton supaya lebih mengemari bidang fizik barangkali. Banyak nama-nama saintis dikeluarkan semasa memberi contoh di dalam drama ini, dan secara tak langsung, penonton akan belajar sesuatu dari cerita dan bukan hanya sekadar berhibur. Tapi tak tahulah dimana kebenarannya. Kadang-kadang bukan nak ambil peduli pun sebab tak kenal pun orang tu.
Setiap satu kes mungkin nampak tak logik, tetapi ianya akan diterangkan dalam satu bentuk yang logik. Prof. Yukawa ni selalu tak suka dengar pendapat yang tak logik, sebagai contoh intuisi seorang manusia kerana baginya ianya tak dapat dibuktikan melalui eksperimen. Macam mana agaknya penulis skrip cerita ni ya? Mesti telah melakukan banyak kajian untuk menghasilkan cerita seperti ini. Bukan mudah nak menghasilkan satu drama yang penuh dengan fakta kerana fakta itu tidak boleh diautar.
Cerita yang penuh dengan fakta-fakta sains yang sukar difahami dan ianya kebanyakan bukan untuk tontonan dewasa sebaliknya untuk kanak-kanak. Cuba tengok rancangan Detektif Conan atau Penyiasat Kindaichi contohnya. Kadang-kala kes yang terlibat memerlukan pemahaman yang teliti. Mungkin ianya sukar diperhati dalam anime. Cuba baca komiknya. Kadang-kadang perlu dibaca dua tiga kali baru betul-betul faham. Otak kita akan berfikir di mana logiknya jalan cerita tersebut. Benarkah kes-kes pembunuhan seperti itu akan berlaku. Semuanya hanya sekadar di atas kertas sahaja. Tapi ianya cukup menghiburkan. Apapun terpulanglah kepada anda nak tengok cerita macam mana. Tapi Galileo ni memang best. Satu lagi mungkin cerita Yukan Club yang dilakonkan oleh Akanishi Jin dari kumpulan Kattun agak menarik. Ianya juga berkisar misteri, semangat setia kawan dan yang paling penting ianya merupakan hiburan ringan yang boleh membuatkan kita tersenyum, dan ketawa kalau anda seorang yang mudah ketawa. Sangat berharap yang cerita ni bukan setakat 10 episod sahaja tapi dah memang lumrah cerita Jepun yang biasanya satu drama tu hanya 9 hingga 12 episod sahaja.Oklah. Sampai di sini sahaja sipnosis cerita dari Emi. Tak sabar nak tengok Gokusen 3 dan Detective Conan Live Action 2 yang dikatakan akan keluar. Sayonara...
Tuesday, 22 January, 2008
7:34:09 PM
Tangguh
Aku ni asyik tangguh jer la. Sifat yang begini aku memang tak rasa bangga pun. Jadi macam mana? Nak terus begini ker? Jawapannya mestilah taknak. Takkan tu pun nak tanya lagi. Dari dulu sampai sekarang aku memang macam ni. Kalau ada abah atau mak, entah kenapa aku tak mampu nak melangkah, sedangkan aku tahu bagaimana sebenarnya kemampuan aku. Aku mungkin hebat dalam banyak benda (orang lain rasa la) tapi benda yang paling sukar aku nak atasi dari dulu adalah melarikan diri dari diri sendiri. Kelebihan aku adalah aku tahu apa kelebihan aku dan pandai menggunakannya dan kelemahan aku adalah aku tahu kelemahan aku tapi tak tahu macam mana nak mengubahnya. Aku ingat dulu masa aku di tingkatan 2 tak silap aku ada menyertai kem jati diri. Ajar remaja macam mana nak atasi masalah hidup. Ada satu bahagian tu kena tulis apa masalah diri. Haha masa tu aku rasa aku ni cukup kecil. Ye lah macam budak2 yang tak ada masalah. Masa tu aku memang tak tahu nak tulis apa. Sampailah aku kena reka masalah sendiri yang aku rasa kalau aku tengok sekarang ni pun bukan masalah lagi. Aku tak tahu apa pedapat orang lain, tapi bagiku aku ni terlalu lambat matang. Aku nak meluahkan perasaan tapi aku tak tahu nak cakap pada siapa lagi. Aku ni hanya pandai bagi masalah kat kawan2 jer. Siapa lagi yang belum menjadi mangsa kena dengar keluhan hati aku. Sampai aku rasa mesti diorang pun dah nak termuntah dengar rungutan hidup aku.
Aku tahu hidup kena tahu bersyukur. Aku bersyukur dengan hidup aku. Bak kata orang Indonesia, hidup aku aman. Aku boleh dapat apa yang aku nak, cuma kena tunggu sikit, lambat sikit dan tak seperti yang diharapkan. Tapi dapat juga la kan. Aku rasa manusia ni kena hidup tamak. Memang tamak merugikan diri sendiri, tapi bukan ke ada orang kata, kalau nak sesuatu benda tu kena ada pengorbanan. Bila buat pengorbanan bukan ker kita akan rugi, tapi pada masa yang sama kita akan peroleh apa yang kita kehendaki. Betul tak? Jadi tak jauh bezanya dengan tamak kan. Jangan pandang remeh. Tamak ni mungkin perkara negatif, tapi pada aku setiap yang negatif, ada juga positifnya. Sebab kalau kita tamak, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Bila dah berusaha mestilah ada pulangan. Bila ada pulangan mesti kita rasa puas tapi masa tu kita akan nampak sesuatu yang lain pula dan kita akan tamakkan benda tu pula. Jangan lupa manusia tu tak pernah puas. Jadi apa salahnya dengan sikap tamak ni. Ala macam orang bijak pandai berkata, kita kena letakkan matlamat diri di satu tahap dan kita akan berusaha untuk mencapainya. Sama la kes dengan sikap tamak tadi. Matlamatnya sama, jalannya sama. Cuma kita dah diajar dari kecil yang tamak tu tak baik, cita-cita pula baik. :) dah start dah aku melalut. Apapun tak kiralah kita panggil tamak ker, kejar cita-cita ker, cuba capai matlamat ker semuanya lebih kurang jer. Sebab jalan yang perlu dipilih adalah sama iaitu kena berusaha. Chayok kata orang Cina, gambate kata orang Jepun. Langkah pertama yang paling sukar sekali iaitu mengatasi diri sendiri. Ingat senang ker. Susah wo.
Aku pernah cuba mengatasi diri aku sendiri, menjadi seperti siapa yang aku inginkan. Berjaya tapi setakat 3 tahun saja la. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat berbangga dengan 3 tahun yang aku lalui. Dalam seumur hidupku memang 3 tahun tu sahaja yang aku rasa paling berbaloi. Aku nak alami lagi sekali suasana 3 tahun tu. Tapi macam biasa ada kata orang tergiang-giang di telinga aku yang tengah panas ni. Hidup kena pandang ke hadapan dan bukan ke belakang. Laa tak bolehkah aku nak rindukan masa2 laluku. Arghh hidup masih panjang. Hiduplah dengan lebih beerti. Someone, please pull me up... :O
Saturday, 26 January, 2008
3:38:44 PM
Apa ertinya baik
Aku selalu berangan yang aku akan memperoleh kehidupan yang lebih baik dari sekarang ni. Bukan sekarang tak baik, tapi aku mahu kehidupan aku sendiri. Yang tak perlu lagi campur tangan orang lain. Jadi perempuan ni payah kan. Sebelum kahwin kena dengar cakap mak dan ayah, lepas kahwin suami pula. Kalau nak mengembara ke, nak keluar tak boleh sorang2. Bahaya. Mesti membawa sekali muhrimnya. Sebab tu aku sangat cemburukan orang lelaki. Aku tahu tak elok kalau kita cuba nak menyamai jantina yang berlainan. Dah jadi lumrah sekarang, yg lelaki nak jadi perempuan, yg perempuan pula nak jadi lelaki. Kan berdosa tu. Itu aku tahu. Sangat tahu. Tapi dengan zaman yang serba canggih dan moden ni apa sahaja boleh berlaku. Semuanya dah boleh dibuat. Transexsual dah bukan lagi perkara pelik. Banyak sangat pendedahan lama-lama terpengaruh juga. Kalau tak banyak sikit. Berbalik pada topik asal, jadi perempuan memang payah. Banyak adap sopan yang perlu dijaga. Tak boleh keluar rumah selalu, kalau bercakap kena beradap, tak boleh cakap kuat-kuat, ketawa kuat-kuat, mesti dengan lemah lembut, sopan santun dalam lain kata ayu. Lelaki pula, belasah jer la. Janji pandai bawa diri tak susahkan orang lain.
Ermm dari masa aku zaman remaja dulu pernah juga aku nak jadi lelaki. Sekarang pun aku pernah pikir juga, hehe tapi aku masih seorang perempuan. Tuhan dah jadikan aku perempuan terima ajer la. Lagipun sebenarnya banyak juga kelebihan jadi perempuan ni. Apa yang aku tahu perempuan dan lelaki ada kelebihannya. Dan mereka masing-masing saling memerlukan untuk memenuhi kekurangan diri masing2. Bila dipikirkan, aku ni tak layak nak dipanggil perempuan. Aku tak pandai memasak, berkemas lagilah. Bagi sepah memang pandai. Percakapan aku kasar. Tapi aku masih perempuan. Aku tak ubah diri aku kepada lelaki. Syukur atas didikan mak dan ayah aku. Aku tak terlalu cenderung untuk menyamai lelaki. Mungkin kerana aku cemburu dengan kelebihan yang ada pada lelaki membuatkan aku begitu dulu. Adik lelaki aku lain pula. Walau dia lelaki tapi dia lebih pandai memasak dan mengemas rumah. Sama juga dengan abang aku. So nak buat apa lagi. Maaf la mak. Anak perempuan mak ni memang tak pandai mengemas rumah. Bukan tak tahu langsung. Kalau setakat cikai2 tu pandai la. Bila bercakap pasal macam mana nak jadi permpuan sejati ni, aduh pening kepala aku. Mana taknya, bab-bab macam ni la aku paling lemah. Bila dah sentuh bab ni mulalah terasa tak layaknya aku jadi perempuan. Aku tak ada kelebihan jer aku rasa. Tapi siapa tahu esok aku akan berubah. Mana tahu esok aku boleh masuk dapur lebih dari setengah jam dan bukannya hanya untuk makan sahaja. Siapa tahu kan. Manusia adalah makhluk yang mampu beradaptasi dengan dunia sekeliling. Ajaibnya manusia. Mana tahu sekali aku try masak pehh kalah chef2 kat hotel tu. Berangan la dah tu. Ermm dah sampai mana dah aku melalut ni. Tu la kalau tak ada hujung pangkal, mesti aku akan melalut banyak. Tak apa lah. Mujurlah aku ni ada satu kelebihan iaitu aku suka belajar sesuatu yang baru. Ermm ada sesapa nak ajar aku masak. Paling aku nak belajar adalah buat kek. Ermm sedapnya. Dah terliur ni walaupun aku hanya membayangkan sahaja. Aku tak fikir yang aku akan berubah menjadi seorang perempuan sejati. Rasanya di zaman moden orang dah boleh terima perempuan macam aku. Yang lagi teruk dari aku pun ada. Tak kisah pun. Apa yang aku tahu aku hanya nak menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Itukan lebih baik. Jadi cakaplah benda baik-baik pasal aku kepada sesiapa yang mengenaliku. Itukan lebih baik. Ermm rasa tajuk untuk blog ni patut adalah baik. Baik tuan. Masa dah tamat. Jaga diri baik-baik. Wassalam..
Tuesday, March 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment