Wednesday, February 11, 2009

my internet is now connect..

Aku suka betul baca mana-mana laman blog yang gaya bahasa dia memang santai la. Hanya baca jer, tak perlu nak ribut-ribut nak sakit hati ker tak, ikut bahasa melayu betul ker tak (sebenarnya kena per), aku cuba jadi diri aku sendiri. Menulis apa yang aku rasa aku nak tulis. Aku start tulis blog dah lama, tapi rasanya nak betul-betul penulis blog tu baru inilah.

Ok internet dah tersedia. Akhirnya.. Setelah dok asyik risau-risau akan buat pilihan yang salah, aku dah pun daftar satu rangkaian broadband yang sedang ditawarkan dan Alhamdulillah, coverage kat rumah aku tak begitu mengecewakan walaupun tak selaju w1max yang aku test dulu. Tunggu la. Bila dunia 4G dah merangkak ke satu Malaysia baru aku tukar. Hehe sekurang-kurangnya dapat di Bandar Taiping la. Nak kata laju sangat tu idak ler, tapi tak pula aku kata slow. Betul kawasan memainkan peranan dalam hal ni. So, hehe Cik Niza, bila Pool War nak start ni.

Ok pening internet dah tamat, lepas ni pening nak bayar ajer la. Sekarang pening komputer plak. Dah kena pulangkan laptop pinjam ni. Sedar tak sedar dah setahun lebih aku pinjam laptop ni. Macam-macam dah aku buat dengan laptop ni. Dari presentation projek tahun akhir, sampailah masuk training dan sekarang dah start kerja. Tak lagi aku pulang-pulangkan laptop ni. Dari adik aku takder laptop, sampai dah dapat laptop baru sebab masuk belajar, tak juga aku pulang-pulangkan.

"Maaf yar pak. Anak pak ni dah tak boleh hidup tanpa buka komputer"

haha mana taknya. Penat macam mana pun aku, sibuk macam mana pun, dah nak tidur pun, kurang-kurang mesti aku buka juga komputer tu. Yup betul. Buka sahaja. Bukan buat apa pun. Dah gila agaknya. Betul la tu gila komputer.. Tapi aku tak la segila geek-geek komputer yang ada tu. Suka main-main sikit-sikit. Banyak gak yang aku tak tahu pasal komputer. Masih lagi dalam proses belajar. Cetek lagi ilmu aku ni.

Ok ok back to the topic, pasal aper yer? Arghh Internet kan. Lepas jer aku dah activate account, aku terus blurr. Tak tahu nak masuk apa, nak guna untuk apa..

Nak chat, arghh kenapa sorang pun tak online..

Blog? Aku dah puas baca kat office.

Download? ok kita test dulu.. Ermm seminit lebih untuk fail 6mb. Ok la. Try 30Mb plak, setengah jam... Ok la. tak la teruk sangat.

You Tube.. iskk naper tak load-load lagi dari tadi ni. Ok ok kita gi tempat lain dulu. Ohh mak telefon la plak.

Stop jap. Sembang-sembang try lagi. Masuk crunchyroll, arghh tidakkk kenapa aku dah tak boleh nak tengok video. "Not in region". Dah ketinggalan ke aku. Masuk youtube semula. Ermm ok ok. Tak payah tunggu. Laju juga la. Or mungkin video yang aku tengok tak ramai yang tengok. Tapi dah menjelang tengah malam perlahan la plak. Mungkin video tu ramai tengok or time tengah malam, ramai nak jadi keluang man, baru nak start bertenet.

Ok dah sampai time nak tidur. Dah pukul 1. Alamak esok nak kerja lagi. Esok jer la upload.. jeng jeng jeng..

2 comments:

  1. aku balik keje pun lambat skarang ni.. nak bukak komputer kat kat umah pun pikir 10x.. penat gler.. nak angkat kayu pool pun tak larat..hahahaha

    ReplyDelete
  2. kurang betul tenaga ko.. Nak angkat kayu pool pun x larat. Makan ar biskut tiger ke ape ker..

    ReplyDelete