Aku selalu mengalami satu masalah. Akan takut kepada sesuatu walau belum mencuba atau mungkin aku berani melakukannya tapi akan berhenti apabila terkena sedikit gertakan. Aku selalunya akan menyesal di kemudian kerana tidak terus mencuba kerana aku tahu sebenarnya akan kemampuan diriku sendiri. Kemudian, ketika melayari internet, aku terjumpa sesuatu seperti ini, yang mana aku mula berfikir "Hidup mesti berani, kalau kita tak cuba, selagi itu kita tak tahu kita boleh lakukan atau tidak."
Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.
"Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"
"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?"
"Lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang kecil panjang seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.
"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?"
"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada jam.
"Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap saat?"
"Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh keyakinan.
Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap saat. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.
Renungan :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas atau pekerjaan yang kita rasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap impossible untuk dilakukan sekalipun.
Jangan berkata "tidak" sebelum kita mencubanya...
Thursday, July 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment