Sunday, July 22, 2007

Bengang????

Akhirnya dapat juga aku sign in dalam blog ni. Dah berapa hari aku cuba tak berjaya. Kerana komputer aku ni ker atau sememangnya begitu, aku tak tahu. Kadang-kadang seronok bila nak menulis ni. Masalahnya kena tunggu ilham. Bila sampai masa macam tu, macam2 nak ditulisnya. Malam ni takder ilham la pulak. Aku bukan seorang penulis yang berbakat. Cuma kadang2 rasa seronok nak berkongsi tulisan. Orang baca atau tidak aku tak kisah.

Masalah virus selalunya tak membimbangkan aku. Sebab pandailah aku nak mengatasi masalah tu. Tapi kali ni berbeza nampaknya. Virus yang tak diketahui memang membengangkan aku. Hahaha. Aku ni dah la sememangnya kurang sabar. Kadang2 tu rasa nak hentak2 jer pc ni sebab apa yang hendak dibuat tak menjadi. Mujurlah separuh dari masalah tu aku berjaya selesaikan. Nasib baik aku ni punya cara nak mengawal rasa marah. Pendek kata jauhkan diri dari benda yang dimarahi tu. Mandi atau tidur. Kalau tak tak tahulah apa akan jadi ngan pc tu. Mandi apabila terlalu marah memang berkesan pada aku. Kalau betul2 marah, lepas mandi dah boleh ketawa n tersenyum. Kalau tidur pula bila dah terlalu bosan atau pening dengan perkara yang memeningkan. So kepada sesiapa kat luar sana yang mudah terasa marah, cubalah cara ni. Lagi satu adalah dengan mengambil air sembahyang. Memang berkesan. Ye lah hati tengah panas, kenalah sejukkan.

Aku ni seorang yang gemar membaca tentang psikologi. Kegemaran, kesukaan, atau apa2 saja yang boleh melambangkan psikologi seseorang. Seronok bila dapat baca sesuatu yang macam tu. Contohnya, aku sukakan warna merah dan biru. Hehehe tentulah aku suka cakap aku ni seseorang yang cepat marah tapi cepat sejuk. Bagus juga apabila kita cuba memahami diri sendiri. Aku suka baca buku psikologi bukanlah nak memahami orang tapi lebih kepada ingin memahami diri sendiri. Menjadi sesorang yang lebih baik. Sebagai manusia kita punya banyak kelemahan. Dengan memahami diri sendiri, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan kelemahan diri. Tapi kadang2 aku sendiri pun dah paham dengan diri ni. Ponin den. Oklah. Malas dah nak merepek panjang2. Bukan ada orang nak baca pun. Selamat malam.... :D

0 komentar:

Post a Comment