Thursday, May 17, 2007

pelik yang mungkin benar

Adakah anda tau?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK.. YKK bermaknaYoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.. ("Ermm betul ker ni?")

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. ("Kalau kita buat bunyi kuek agaknya ada gema dan beralun tak?")

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil. ("Lepas baca ni jangan plak anda nak jadi pembunuh anjing kalau nak tengok keberkesanannya").

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan. ("Mesti ubat tak mahal sangat masa tu kan. So naper skr tak leh guna sos tomato nak wat ubat? Ubat aper yek?")

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.. ("Sapa rajin nak gi cek")

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee.. pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain. ("Ermm no komen")

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby' . ("Jom lepas ni kalau nak panggil rama2 sebut flutterby kay")

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada ("Nyamuk ada baper mata?")

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas. ("Eik geli den")

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321. ("A'ah la betui ar")

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika. ("Aku pun suka biru gak tapi merah lagi suka, cner tu?")

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'. ("Oh selama ni aku dok sebut hash( tak tau ejaan) jer. Erm cner nak pronoun 'octothorp' ni yek?")

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata. ("Ok ok lepas ni kita test")

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala. ("Yg ni khas utk pengetahuan Niza")

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus. ("Haaa pengetahuan baru ni supaya tak tenggelam")

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad. ("Nama yg baik, mesti la banyak kan kan")

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. ("ermmm")

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum. ("Yang kedua, sapa plak?")

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun. ("Bila tahun nak tenggelam semua")

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yangberleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan. ("Ala daus makan ayam sekor sehari tak cukup. Takper la banyak")

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv. ("Jadi tengok tv banyak2")

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya. ("Sorang ader 2 tepon, memang la lagi banyak dr org. Hehe Cik Midah pun guna 2 tepon gak")

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. ("Panduan bila digigit boya, kalau tangan free la.")

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung. ("Wahh ble wat megik ni")

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahununtuk bahagian bibirnya sahaja) ("Berapa lama dia nak siapkan sepenuhnya gambar tu")

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri. ("Yer ker. Komen ckit")

28. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan! ("Betui. Betui")

1 comment:

  1. kak pitt..tak acier..sebab nama aku tak der..pasal lipas tur..aku pun baru tau

    ReplyDelete